|
Saturday, October 29, 2005
SELAMAT HARI RAYA....
KALU NAK DUIT RAYA KENA LA MAI KAT SINI
DARIPADA: KAK NUR & FAMILY
Posted at Saturday, October 29, 2005 by nurdia
Permalink
Tuesday, September 20, 2005
selamat hari lahir buat adik akak tersayang.... moga panjang umur n dimurahkan rezeki..... belajar rerajin... supaya leh mencapai cita2 mu....

Posted at Tuesday, September 20, 2005 by nurdia
Permalink
Saturday, September 03, 2005
Assalamualaikum warahmatullah,
Menuntut ilmu adalah umpama mendaki sebuah bukit di mana dalam pendakian tersebut seseorang akan bersinggah di 5 tempat persinggahan:
Persinggahan pertama (di kaki bukit, sebelum mula mendaki):
Ini adalah tempat asal semua penuntut ilmu, di mana seseorang itu berada didalam keadaan jahil dan tidak tahu-menahu.
Persinggahan kedua:
Ini adalah tempat semua orang yang ingin mengubati kejahilan dirinya. Di tempat ini akan ditemui berbagai sumber ilmu pengetahuan. Dengan sikap terbuka lagi bersemangat seseorang itu mengambil dan memanfaatkan semua ilmu-ilmu yang ditemuinya di sini.
Persinggahan ketiga:
Ini adalah tempat bagi orang yang telah mengumpul semua ilmu yang ditemuinya
di persinggahan kedua. Dengan terkumpulnya semua ilmu tersebut, dia merasakan dirinya hebat dan alim. Maka ditempat persinggahan ini seseorang itu berubah menjadi takabur, ujub dan sombong. Dia tidak lagi mahu membuka pintu-pintu ilmunya melainkan orang lainlah yang wajib membuka pintu mereka untuk menerima sumbatan ilmunya.
Persinggahan keempat.
Jika seseorang itu mahu meneruskan pendakian setelah tempat persinggahan ketiga, dia akan menemui tempat persinggahan ini yang dipenuhi dengan sumber-sumber yang dapat menyedarkan dirinya. Kesedaran ini akan mengubah dirinya ke arah sifat tawadhu' dan rendah diri. Dia akan kembali sebagaimana dirinya di tempat persinggahan kedua, suka berkongsi ilmu dan bertukar pendapat. Hanya sahaja kini dia lebih matang dan dewasa, hasil hikmah sifat tawadhu' yang menyinar dari hatinya. Seterusnya dia mendaki lagi:
Persinggahan kelima (di puncak bukit):
Di persinggahan ini dia mencapai kemuncak ilmu, iaitu dia tahu bahawa dia sebenarnya tidak tahu apa-apa melainkan Allah yang mengetahui semuanya. Apa sahaja yang benar disedari bahawa ia berasal dari Allah manakala apa sahaja yang salah diakui bahawa ia berasal dari kelemahan dirinya sendiri.
Kita sekarang berada di persinggahan yang mana ? Harapnya bukan yang pertama
dan bukan yang ketiga. Jika kita berada di tempat persinggahan pertama atau ketiga ini, ayuhlah cepat-cepat kita meneruskan pendakian. Janganlah berehatlama-lama di sana.
Jika kita berada di persinggahan keempat, ingatlah bahawa kita sedang mendaki bukit, bila-bila masa boleh tergelincir jatuh ke bawah.
Teruskan mendaki. Dan kita mendaki sebagai satu pasukan. Insya-Allah semoga kita semua sampai ke puncak bukit, di tempat persinggahan kelima.
Sekian sekadar renungan dan iktibar bersama.
Posted at Saturday, September 03, 2005 by nurdia
Permalink
Friday, August 26, 2005
Miss You : When You Wish To Be Together !
Posted at Friday, August 26, 2005 by nurdia
Permalink
Saturday, August 13, 2005
MENCARI KEPUASAN HIDUP DI DUNIA INI TIADA AKHIRNYA
Firman Allah swt, surah al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud: “Ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada malaikat, sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi, mereka berkata “Mengapa engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi ini orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah. Pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji engkau & mensucikan engkau”,
Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui”.
Kita sebagai manusia hidup di dunia sewajarnya dapat memahami persoalan bagi diri kita iaitu apa erti hidup itu? Hidup ini untuk siapa dan untuk apa? Dan adakah hidup ini sudah bermakna?
Hal-hal ini terjadi dengan jelas jika direnungkan matlamat hidup manusia di zaman ini. Manusia di zaman ini terlalu maju dalam mencipta sesuatu benda bagi keperluannya. Ini adalah suatu perkembangan yang amat baik. Kekaguman manusia meneroka alam ini dan terlalu asyik hingga boleh menyebabkan mereka lupa akan tujuan hidup dan mereka lupa kepada hidup mati itu sendiri. Manusia cuba mencipta pelbagai kemajuan, tetapi mereka lupa kepada tuntutan hati kecilnya sendiri. Manusia terus membuat pelbagai perubahan untuk mencari kepuasan hidup. Sedangkan kepuasan hidup itu tidak juga kunjung tiba, sebaliknya mereka bertambah kecewa, dalam kekecewaan itu, mereka terus mencari sesuatu yang lain untuk mengubat penyakit kekecewaan itu, mungkin manusia tidak menyedari bahawa kekecewaan itu adalah cetusan dari dalam dirinya sendiri, iaitu cetusan rohani bukannya penyakit lahiriah.
Maka dengan itu akibat dari kejahilan mengenali cetusan-cetusan rohani itu, manusia gagal mencari ubat ataupun penawar yang sebenarnya untuk menyembuhkan penyakit kecewa mereka. Sebahagian daripada mereka itu telah memilih pelbagai ubat, maka banyaklah yang tersalah pilih. Hasil dari tersalah pilih itu, maka berlakulah pelbagai penipuan, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, kepentingan diri, rasuah dan lain-lain lagi. Ini semua adalah hasil daripada kekecewaan dan ingin mencari kepuasan hidup di dunia.
Sebahagian masyarakat hari ini, gagal melihat hidup sebagai satu kesatuan, sebaliknya mereka melihat hidup ini dari aspek-aspek tertentu sahaja. Sememangnya kita tidak boleh menafikan lagi bahawa manusia tidak berupaya mencipta hidupnya sendiri, mengapa? Ini kerana manusia ini mempunyai sifat-sifat yang terbatas dan daya fikir yang amat terhad. Adalah amat mustahil, manusia mampu mencipta kehidupan yang lebih sempurna tanpa keizinan dan keredhaan dari Allah swt.
Oleh itu, kita sebagai manusia sewajibnya merasa insaf bahawa kita adalah ciptaan Allah swt. Semoga dengan kesedaran sedemikian kita sentiasa dalam kerahmatan dan keredhaanNya di dunia dan akhirat.
Sekian, wassalam.
Posted at Saturday, August 13, 2005 by jacklyn
Permalink
Friday, August 12, 2005
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang,yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur). Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat,dihapus seribu kejahatan.
Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.
Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)
Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun. Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf(ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.
Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat,pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.
Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.
REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.
REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
semoga kita sama2 m'dpt manfaat....
wassalam
Posted at Friday, August 12, 2005 by nurdia
Permalink
Sunday, July 17, 2005
Seorang penjual roti di langgar sebuah bas. Akibatnya, dia tercampak dari motor rotinya dan masuk ke dalam longkang..
Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan..
Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya..
dia terus merintih kesakitan.
Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya..
"Ada apa encik..? Ada apa ?"
Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan.. penjual roti itu berkata,
"Adaaaaaa roti kejuuuuuuu ... Adaaaaaa roti coklaaaattt ..."
Posted at Sunday, July 17, 2005 by nurdia
Permalink
|
|